Monday, August 23, 2010

SEJARAH KOLEJ TUN DATU TUANKU HAJI BUJANG , MIRI

Sumber: http://znr.tripod.com/sejarah.htm

Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri merupakan salah sebuah sekolah yang terkenal di negeri Sarawak .Ia dikenali bukan sahaja kerana usianya yang telah melebihi suku abad tetapi juga kerana pernah menjadi tempat menimba ilmu sebahagian dari orang-orang yang telah mencipta nama baik dalam bidang ekonomi, sosial mahupun politik.

Dengan kedudukannya yang agak istimewa iaitu di hujung sebuah tanjung(Tanjung Lobang), kira-kira 5km dari bandar Miri, amat sesuai sebagai sebuah tempat yang tenang dari hiruk pikuk kota bagi orang yang dahagakan ilmu.

Sejarah awalnya bermula pada tahun 1956 apabila kerajaan bercadang untuk menubuhkan beberapa buah sekolah menengah kerajaan di Sarawak. Ekoran dari hasrat tersebut, pada tahun 1957 kerajaan telah menubuhkan sekolah kerajaan yang pertama di Miri iaitu Sekolah Menengah Kerajaan Miri(Government Secondary School). Di peringkat awal sekolah ini mempunyai 6 orang tenaga akademik dan 87 orang penuntut yang terdiri dari berbilang kaum di Bahagian Keempat dan Kelima, Kelas Peralihan bagi penuntut-penuntut aliran Bahasa Cina yang tamat Darjah VI, Tingkatan Empat dan kelas untuk guru-guru pelatih.

Tapak sementara sekolah ini ialah kawasan bandar Miri. Dalam tahun 1959, ia berpindah ke tapak barunya di Tanjung Lobang. Usaha memindahkan sekolah baru ini ke tapak yang ada sekarang adalah atas inisiatif Pegawai Pelajaran Bahagian Keempat dan Kelima waktu itu, Encik Robert Nicholl.

Ekoran dari pemindahan ke Tanjung Lobang , sekolah itu dikenali dengan nama Sekolah Menengah Tanjung Lobang ( Tanjung Lobang School ). Biaya pembinaan sekolah di tapak barunya adalah dari kerajaan New Zealand di bawah Skim Bantuan Rancangan Colombo.

Selaras dengan pembangunan di Sarawak, Kolej ini turut juga berkembang dengan pesatnya. Kalau di peringkat awalnya ia hanya menempatkan penuntut-penuntut sekolah rendah pedalaman tetapi dalam tahan 1957, ia dikhususkan untuk Tingkatan Empat sahaja.

Sejak 1963 kelas Tingkatan Enam telah dimulakan. Jumlah penuntut Tingkatan Enam bertambah sabab tahun dan dalam tahaun 1968 jumlah itu melebihi jumlah penuntut-penuntut Tingkatan Empat. Pihak kerajaan mendapati bahawa sudah tiba masanya untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai institusi palajaran tinggi yang menempatkan Tingkatan Enam sahaja. Selaras dengan cita-cita itu, pada 6hb Mei 1969, Yang Amat Berhormat, Ketua Menteri Sarawak , Dato Penghulu Tawi Sli merasmikan penganugerahan taraf Sekolah Menengah Tanjung Lobang kepada taraf Sekolah Menengah Tanjung Lobang kepada taraf kolej. Sejak itu bermulalah era baru dalam sejarah Kolej dengan nama barunya , Kolej ini ditukar menjadi Kolej Tun Datu Tuanku Hj. Bujang.

Lawatan Tuan Yang terutama Gabenor sarawak, Tun Datu Tuanku Hj . Bujang pada tahun 1971 telah mengubah nama Kolej ini. Sempena lawatan tersebut nama kolej ini ditukar menjadi Kolej Tun Datu Tuanku Hj. Bujang.

Tahun demi tahun kolej ini terus berkembang. Selaras dengan dasar Pelajaran Kebangsaan, ia memperkenalkan kelas aliran Bahasa Malaysia pada tahun 1980. Tahun 1982 aliran Bahasa Malaysia Tingkatan Enam Sastera diperkenalkan . pada tahun 1984 kolej ini menawarkan tempat untuk penuntut-penuntut terpilih dari Peperiksaan penilaian Darjah Lima. Pada tahun 1986 pula satu projek baru iaitu Lukisan Teknikal telah diperkenalkan untuk Tingkatan Enam Sains. Dengan bilangan pelajar yang ramai iaitu dari Tingkatan satu hingga Enam Atas, bilangan tenaga pengajar turut bertambah. Mereka terdiri dari guru-guru terlatih. Sebilangan dari mereka adalah bekas pelajar kolej ini sendiri.

Kini kolej terseragam gagah dengan kelengkapan dan bangunannya yang indah. Lebih dari itu , kolej telah berjaya membuktikan keupayaannya menghasilkan penuntut-penuntut yang cemerlang di bidang akademik apabila berkali-kali mencapai kelulusan 100 peratus dalam Peperiksaan SRP dan SPMnya. Walaupun keputusan Peperiksaan STPMnya tidak mencapai 100 peratus nemun pencapaiannya masih boleh dibanggakan.

Jelaslah, kolej tidak menghampakan harapan masyarakat dan negara. Kolej kini bangga dengan jolokan 'peneroka akademik di Sarawak'.

Dipetik 21.8.2010

Bahan ini dipetik sebagai rujukan awal dan pengesahan daripada pihak kolej diperlukan sekiranya ada perubahan dan perolehan data baru.

Saiee Driss

1 comment:

  1. saya merupakan bekas penuntut kolej yang berprestij ini dari tahun 1976 - 1977.

    ReplyDelete