Tuesday, August 10, 2010

ASSALAMUALAIKUM



Selamat bertemu di blog baru saya ini. Saya wujudkan blog ini bagi memudahkan rakan-rakan yang terlibat di dalam Bengkel Penulisan Biografi 2010 dan seterusnya di Kuching dan Sibu serta di seluruh negeri melaksanakan projek penerbitan buku-buku biografi.

Dalam blog ini saya akan cuba masukkan segala bahan yang boleh menjadi rujukan dan bantuan kepada mereka dalam menyiapkan manuskrip masing-masing supaya dapat diproses dan diterbitkan sebagaimana dipersetujui semasa bengkel diadakan.

Semoga dengan jalan ini budaya menulis biografi dan menghargai pengalaman dapat dijadikan sebahagian daripada budaya dan jati diri masyarakat.

Memang ada kekurangan dan kelemahan dalam usaha ini, namun diadakan tidak ada salahnya blog ini hadir dan memainkan peranannya.

Saiee Driss
Pengurus Projek
Bengkel Penulisan Biografi 2010
anjuran
Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak

Kuching
10 Ogos 2010

No comments:

Post a Comment