Sunday, August 22, 2010

BUKU-BUKU KAJIAN SEJARAH SARAWAK


Kalau mahu mengkaji sejarah Sarawak, anda harus membaca tiga buah buku berikut ini kerana terdapat banyak maklumat mengenai peristiwa-peristiwa perjuangan dan sejarah rakyat Sarawak.

Buku-buku itu ialah Isu-Isu Media di Sarawak tulisan Dr Jeniri Amir, pensyarah kanan dari UNIMAS dan wartawan kanan Utusan Sarawak, Awang Rosli Awang Jaya; Akhbar Melayu Perjuangan di Sarawak tulisan Nordi Achie, seorang sejarawan dari Muara Tebas yang kini bertugas di Universiti Malaysia Sabah, dan Yesterday A Better Future sebuah autobiografi Datuk Seri Haji Safri Awang Haji Zaidell.



Dalam mengkaji sejarah cession dan anti-cession serta perjuangan Rosli Dhoby anda perlu membaca bab kedua buku Isu-Isu Media di Sarawak terbitan Gaya Media Sendirian Berhad pada tahun 1996 ini. Bab berkenaan dari muka 14 hingga 39 sarat dengan salinan dokumen-dokumen penting yang pernah disiarkan oleh pelbagai media mengenai perjuangan itu, termasuklah sajak Rosli Dhoby dan kenyataan oleh Ibhanizain (Tan Sri Datu Ikhwan Zaini?) dan Awang Rambli.

Buku Akhbar Melayu Perjuangan Di Sarawak tulisan Nordie Achie dan diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya pada tahun 2003 memberi tumpuan kepada akhbar Fajar Sarawak dan sedikit mengenai Utusan Asas, iaitu akhbar tulisan rumi pertama di Sarawak. Buku setebal 294 muka surat ini lengkap dengan indeks dan rujukan asalnya disertasi ijazaj sarjana penulis dengan Universiti Malaya. Pembiayaan bagi penerbitan buku ini datangnya dari Yayasan Sarawak.

Sebagai sebuah buku yang berasal daripada sebuah disertasi maka kandungan buku ini dan bahan-bahan yang dihuraikan adalah b erwibawa dan penting untuk diketahui.



Yesterday A Better Future oleh Datuk Seri Haji Awang Safri Haji Awang Zaidell dan diterbitkan sendiri oleh beliau tahun 2009 adalah juga sebuah dokumen sejarah yang penting kerana gaya tulisannya dan disiplin penulisan yang digunakannya. Buku setebal 398 muka surat itu lengkap dengan bibliografi, dan indeks.

Membaca buku ini kita meninjau perkembangan sosiobudaya dan sosiopolitik Negeri Sarawak khasnya dan Malaysia amnya dari kaca mata seorang intelek Sarawak yang satu ketika amat disegani dan dilihat penuh dengan kontr0versi kerana idea beliau mengenai masyarakat dan politik sudah tertera sejak beliau di bangku sekolah lagi.

Satu aspek yang menarik ialah rencana tulisannya di akhbar Sarawak Tribune pada 4 Mac 1959 mengenai perlunya perpaduan pelbagai kaum di Sarawak (rujuk ms 186) bergabung demi perpaduan kebangsaan Sarawak, telah membawa kepada penubuhan Parti Kesatuan Rakyat Sarawak atau SUPP iaitu parti politik pertama di Sarawak yang berdaftar dan dilancarkan pada 12 Jun tahun berkenaan.

Menjelang pilihan raya negeri dan dalam sausana oran g sibuk memperkataka 1Malaysia, buku Datuk Seri Safri Awang ini merupakan satu bacaan yang amat relevan.

1 comment:

  1. Salam, maaf sebelum nya saya mohon bantuan bagaimana hendak mendapatkan buku2 di atas. sekian terima kasih.

    Sophian Rambli
    UiTM Sarawak
    Kampus Mukah

    ReplyDelete