Tuesday, May 17, 2011

HAJI SHAHRIR ABDUL RAHMAN


Fasilitator Kursus Intensif Bahasa Inggeris (KIBI) 2009

Latar Pendidikan

. Sijil Perguruan, Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching

. Certificate Class A, The Teaching of English as a Second Language (TESL) English Language Institute, Victoria University, Wellington, New Zealand (1971)

HAJAH MASRINA BINTI ITOM


Fasilitator Kursus Intensif Bahasa Inggeris (KIBI) 2009

Latar Pendidikan

. Sijil Perguruan, Maktab Perguruan Rejang, Bintangor

. Ijazah Sarjana Muda, Bahasa dan Sastera, Universiti Malaya

. Ijazah Sarjana Pengajian Melayu, Universiti Malaya

JOSEPHINE MAUNG @ FARIDAH ABDULLAH

Seorang fasilitator Kursus Intensif Bahasa Inggeris anjuran BPP-MIS 2009

Latar Pendidikan

. Sijil Perguruan, Maktab Perguruaqn Rajang, Bintangor

. E Ed (TESL) UPM

. M.Ed (TESL) UiTM

HAJI MOHAMAD BEJI BIN BUJANG


Panggilan harianya: Cikgu Beji Bujang

Latar Pendidikan

. Sijil Perguruan, Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching 1964-1965

. Diploma. The Teaching of English as a Second Language (TESL), English Language Institute, Victoria University, Wellington, NZ, 1969

. Post Graduate Diploma. Educartional Manmagement and Administration (EMA), Moray House College of Education. Edinburga, Scotland (1978-79)

Master of Education, Educational Planning and Administration, Manchester University (1979-1980)

SUFFIAN HAJI JALET


Suffian Haji Jalet yang dilahirkan pada 30 Mei 1970 di Kuching (pyianj70@inbox.com) memiliki kelulusan akademik (2011) Bacelor Pendidikan TESL (Kepujian) dari UiTM dan Msc HRD dari UNIMAS dan sudah berpengalaman sekitar sepuluh tahun (2011) mengajar di sekolah.

PENGALAMAN

. Penceramah Kursus Induksi Umum Aklademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Sarawak

. Tenaga Pengajar Kursus Program Pengajian Asas Operasi Perkastraman 2008

. Penggubal MOdul, Penceramah dan Fasilitator Program Motivasi 3P MARA

. Penceramah Motivasi Siri Pelajar Cemerlang (Yayasan Sarawak)

. Penggubal Modul dan Fasilitator Siri Kursus Pelajar dan Ibu Bapa Cemerlang (Yayasan Kemajuan Insan (Yakin)

. YDP Kelab Warisan Malaysia (KERIS) BTN-JPM

. Penceramah Kenegaraan (Biro Tatanegara JBTN JPM)

. Fasilitator Kursus Modul Kenegaraan JBTN JPM

. Ketua Pemantau Modul Kenegaraan Khidmat Negara di Negeri Sarawak Siri 1

. Trainer (Penceramah/Fasilitator) 'Team Building Advance Resource Consultant

. Penceramah Motivasi Sekolah Anjuran KPSU

. Fasilitator dan Jurulatioh Bengkel Teater, KPSU

Monday, August 23, 2010

SEJARAH KOLEJ TUN DATU TUANKU HAJI BUJANG , MIRI

Sumber: http://znr.tripod.com/sejarah.htm

Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri merupakan salah sebuah sekolah yang terkenal di negeri Sarawak .Ia dikenali bukan sahaja kerana usianya yang telah melebihi suku abad tetapi juga kerana pernah menjadi tempat menimba ilmu sebahagian dari orang-orang yang telah mencipta nama baik dalam bidang ekonomi, sosial mahupun politik.

Dengan kedudukannya yang agak istimewa iaitu di hujung sebuah tanjung(Tanjung Lobang), kira-kira 5km dari bandar Miri, amat sesuai sebagai sebuah tempat yang tenang dari hiruk pikuk kota bagi orang yang dahagakan ilmu.

Sejarah awalnya bermula pada tahun 1956 apabila kerajaan bercadang untuk menubuhkan beberapa buah sekolah menengah kerajaan di Sarawak. Ekoran dari hasrat tersebut, pada tahun 1957 kerajaan telah menubuhkan sekolah kerajaan yang pertama di Miri iaitu Sekolah Menengah Kerajaan Miri(Government Secondary School). Di peringkat awal sekolah ini mempunyai 6 orang tenaga akademik dan 87 orang penuntut yang terdiri dari berbilang kaum di Bahagian Keempat dan Kelima, Kelas Peralihan bagi penuntut-penuntut aliran Bahasa Cina yang tamat Darjah VI, Tingkatan Empat dan kelas untuk guru-guru pelatih.

Tapak sementara sekolah ini ialah kawasan bandar Miri. Dalam tahun 1959, ia berpindah ke tapak barunya di Tanjung Lobang. Usaha memindahkan sekolah baru ini ke tapak yang ada sekarang adalah atas inisiatif Pegawai Pelajaran Bahagian Keempat dan Kelima waktu itu, Encik Robert Nicholl.

Ekoran dari pemindahan ke Tanjung Lobang , sekolah itu dikenali dengan nama Sekolah Menengah Tanjung Lobang ( Tanjung Lobang School ). Biaya pembinaan sekolah di tapak barunya adalah dari kerajaan New Zealand di bawah Skim Bantuan Rancangan Colombo.

Selaras dengan pembangunan di Sarawak, Kolej ini turut juga berkembang dengan pesatnya. Kalau di peringkat awalnya ia hanya menempatkan penuntut-penuntut sekolah rendah pedalaman tetapi dalam tahan 1957, ia dikhususkan untuk Tingkatan Empat sahaja.

Sejak 1963 kelas Tingkatan Enam telah dimulakan. Jumlah penuntut Tingkatan Enam bertambah sabab tahun dan dalam tahaun 1968 jumlah itu melebihi jumlah penuntut-penuntut Tingkatan Empat. Pihak kerajaan mendapati bahawa sudah tiba masanya untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai institusi palajaran tinggi yang menempatkan Tingkatan Enam sahaja. Selaras dengan cita-cita itu, pada 6hb Mei 1969, Yang Amat Berhormat, Ketua Menteri Sarawak , Dato Penghulu Tawi Sli merasmikan penganugerahan taraf Sekolah Menengah Tanjung Lobang kepada taraf Sekolah Menengah Tanjung Lobang kepada taraf kolej. Sejak itu bermulalah era baru dalam sejarah Kolej dengan nama barunya , Kolej ini ditukar menjadi Kolej Tun Datu Tuanku Hj. Bujang.

Lawatan Tuan Yang terutama Gabenor sarawak, Tun Datu Tuanku Hj . Bujang pada tahun 1971 telah mengubah nama Kolej ini. Sempena lawatan tersebut nama kolej ini ditukar menjadi Kolej Tun Datu Tuanku Hj. Bujang.

Tahun demi tahun kolej ini terus berkembang. Selaras dengan dasar Pelajaran Kebangsaan, ia memperkenalkan kelas aliran Bahasa Malaysia pada tahun 1980. Tahun 1982 aliran Bahasa Malaysia Tingkatan Enam Sastera diperkenalkan . pada tahun 1984 kolej ini menawarkan tempat untuk penuntut-penuntut terpilih dari Peperiksaan penilaian Darjah Lima. Pada tahun 1986 pula satu projek baru iaitu Lukisan Teknikal telah diperkenalkan untuk Tingkatan Enam Sains. Dengan bilangan pelajar yang ramai iaitu dari Tingkatan satu hingga Enam Atas, bilangan tenaga pengajar turut bertambah. Mereka terdiri dari guru-guru terlatih. Sebilangan dari mereka adalah bekas pelajar kolej ini sendiri.

Kini kolej terseragam gagah dengan kelengkapan dan bangunannya yang indah. Lebih dari itu , kolej telah berjaya membuktikan keupayaannya menghasilkan penuntut-penuntut yang cemerlang di bidang akademik apabila berkali-kali mencapai kelulusan 100 peratus dalam Peperiksaan SRP dan SPMnya. Walaupun keputusan Peperiksaan STPMnya tidak mencapai 100 peratus nemun pencapaiannya masih boleh dibanggakan.

Jelaslah, kolej tidak menghampakan harapan masyarakat dan negara. Kolej kini bangga dengan jolokan 'peneroka akademik di Sarawak'.

Dipetik 21.8.2010

Bahan ini dipetik sebagai rujukan awal dan pengesahan daripada pihak kolej diperlukan sekiranya ada perubahan dan perolehan data baru.

Saiee Driss

DATUK HAJI ABDUL KADIR HASSAN: SATU RUJUKAN


DATUK HAJI ABDUL KADIR HASSAN:

Peranannya dalam Pemurnian Aqidah Umat Islam di Sarawak

KIPLI HJ. YASSIN

Jabatan Agama Islam Sarawak

Riwayat Hidup

Abdul Kadir Hassan dilahirkan di Kampung Patingan, Kuching pada 6 Ogos 1928M bersamaan 28 Safar 1347H. Bapa beliau ialah Hassan Bin Hussin berasal dari Kuching berketurunan Melayu. Ibunya Maznah bt. Hj. Amin berasal dari Siniawan, Bau, juga berketurunaA Melayu. Bapa beliau merupakan seorang peniaga kedai runcit, pekebun dan adakalanya menjadi nelayan. Walaupun bapanya bukan daripada golongan ulama namun bapanya kuat berpegang pada ajaran Islam, misalnya sentiasa menunaikan sembahyang walaupun berada dalam perahu ketika menangkap ikan. Abdul KadirHassan merupakan anak keempat daripada lapan orang adik beradik.

Semasa kecilnya beliau belajar al-Qur’an dengan bapa saudaranya, Encik Sulong Bin Russin. Beliau amat tekun menimba ilmu al-Qur’an dan merupakan anak murid Encik Sulong yang paling baik bacaannya. Beliau juga pernah berguru dengan Tuan Haji Yusuf Abdul Ghani untuk mempelajari ilmu fiqh dan tauhid. Pendidikan formal beliau bermula pada tahun 1936 di Sekolah Merpati Jepang, Kuching. Beliau belajar di sekolah tersebut sehingga Darjah Empat pada tahun 1940. Selepas itu beliau ditawarkan mengikuti “Special English Class” di Madrasah Melayu, Kuching. Beliau adalah pelajar yang cemerlang sehingga beliau dapat mengalahkan pelajar yang telah tamat darjah 5 dalam kelas tersebut.

Kedatangan Jepun pada tahun 1941, memaksa beliau dan rakan-akannya berhenti sekolah kerana sekolah ditutup. Semangat ingin belajar dan menuntut ilmu tidak pernah pudar daripada jiwa anak remaja ini. Beliau tidak berputus asa dan mula belajar agama secara rasmi di al-Madrasah al-Islamiyyah di Jalan Gambir, Kuching pada tahun 1942 sehingga tahun 1947. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran agamanya di Madrasah al-Junid, Singapura padatahun 1952. Setelah belajar setahun di madrasah berkenaan beliau bekerja sebagai pensyarah agama di Sekolah Latihan Polis, Singapura. Beliau mula giat berdakwah dengan menyampaikan ceramah di masjid-masjid. Pada masa itu beliau merupakan antara pensyarah yang diminati oleh umat Islam di Singapura dan beliau pernah dijemput menjadi khatib di Masjid Sultan, Singapura.

Beliau masih bersemangat untuk meneruskan pelajarannya. Semangat ini mendorong beliau untuk terus melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam, Malaya, Kelang atas biasiswa Kerajaan Sarawak pada tahun 1956. Beliau menamatkan pengajian di Kolej ini pada tahun 1959. Antara guru beliau semasa di Kolej ini ialah Tan Sri Muhammad Abdul Rauf, Tan Sri Abdul Jalil Hassan, Ustaz Zulkifli Muhammad, Ustaz Hassan Salleh, Dr. Zaki Badawi dan Ustàz Nik Mohd.Mahyuddin Musa. Datuk Haji Abdul Kadir Hassan adalah antara uláma Sarawak yang terbilang dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Antara kelebihan beliau ialah memiliki akhlak yang mulia dan dihormati oleh orang ramai. Beliau bersifat tawadhu’ dan mudah mesra dengan orang ramai. Beliau juga mempunyai ingatan yang bijak dan kuat sehingga dapat membantu rakan-rakan sekolahnya dalam mengulang kembali apa yang diajar oleh guru dalam kelas serta kerap mendapat tempat pertama dalam kelas.

Beliau merupakan seorang yang kuat beribadah dan biasanya beliau akan sembahyang sunat Dhuha sebelum beliau ke pejabat. Beliau juga kerap memenuhi waktu malamnya dengan menunaikan sembahyang sunat. Lidahnya sentiasa dilazimi dengan bacaan al-Qur’an. Menurut rakannya Ustaz Haji Fathi Bin Duet, beliau membaca al-Qur’an 3 juzuk sehari dan setiap 10 bulan beliau akan khatam al-Qur’an. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dan sumbangan beliau begitu besar dalam perkembangan Islam di negeri Sarawak. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah agama di Majlis Islam Sarawak dan pernah menjadi Pegawal PerhubunganTabung Haji Negeri Sarawak. Jawatan terakhir beliãu ialah sebagai Mufti negeri Sarawak. Ketika berkhidmat sebagai mufti Sarawak, beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak, ahil lembaga Penasihat Syariah Bank Islam Malaysia, ahli Lembaga Penasihat Tabung Haji, ahli Jawatankuasa Mentashih al-Qur’an dan ahli Lembaga Pelajaran Islam atau LEPAI.

Beliau pernah bergiat cergas dalam politik negeri Sarawak apabila menjadi calon piihanraya negeri Sarawak bagi kawasan Sibu Laut dan Kabong. Beliau merupakan tokoh penting parti Barjasa. Penglibatan beliau dalam politik dapat membuka lembaran baru pemikiran umat Islam bahawa Islam tidak pernah berpisah dengan agenda politik. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada dariJumaat 15 Januari 1988, jam 4.45 petang di Hospital UmumSarawak kerana serangan sakit jantung. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang. Beliau telah meninggalkan 12 orang anak. Sebagai pengiktirafankepada jasa beliau dalam perkembangan dan penghayatan Islam di negeri Sarawak, semasa hayatnya beliau telah dikurniakan Bintang Kesatria Mangku Negara, Pegawai Bintang Sarawak (PBS) dan Panglima Negara BintangSarawak (PNBS).

Peranannya dalam Pemurnian Aqidah

Hakikatnya tokoh ini telah berperanan besar dalam perkembangan dan penghayatan Islam di negeri Sarawak.Namun dalam kertas kerja in fokus penulis ialah peranannya dalam pemurnian aqidah umat Islam di negeri Sarawak. Pemurnian aqidah di sini membawa maksud usaha untuk membersihkan aqidah umat Islam daripada sebarang bentuk kepercayaan karut. Semasa Datuk Haji Abdul Kadir Hassan masih hidup, masih terdapat kepercayaan dan amalan yang diwarisi daripada orang-orang terdahulu yang bertentangan dengan Islam diamalkan oleh masyarakat. Tokoh ini merupakan salah seorang pendakwah yang berjaya mengubah pemikiran masyarakat sehingga amalan-amalan karut tersebut ketinggalan oleh umat Islam.

Pemikiran beliau mengenai aqidah begitu jelas. Beliau secara tegas sekali menghendaki umat Islam khususnya di negeri Sarawak agar menghayati konsep tauhid yang sebenar. Justèru beliau sentiasa memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat mengenai aqidah yang benar dan hakikat tauhid, supaya dengan kefahaman yang betul ini aqidah umat Islam tidak akan tercemar. Beliau ketika ditanya tentang berubat dengan cara ‘berbayuh’ telah mengemukakan kedudukan tauhid dalam Islam. Beliau memberi pandangan seperti berikut:

Agama Islam adalah dibina di atas asas aqidah dan kepercayaan yang sejahtera. Asas aqidah Islam ialah tauhid, tauhid adalah pokok keimanan yang terpenting atau dasar agama yang paling utama,kerana dengan baik dan sempurna tauhid itu tiadalah mesti memuja atau menyembah kepada makhluk atau meminta kepada benda yang tidak memberi manfaat dan tiada menolak mudharat. Orang yang berjiwa tauhid itu tiada menundukkan jiwanya, tiada menyerahkarn dirinya dan tiada dia menyembah dengan seluruh jasmani dan rohaninya melainkan hanyalah kepada Allah semata- mata. Tiada kepada lainnya, yang lain daripada Allah dianggapkannya adalah sama seperti dirinya belaka, tiada lebih daripada makhluk Allah jua sama-sama bergantung kepada Allah yang Maha Kuasa (Abdul Kadir Hassan 1966:t.h.).

Dalam penjelasan beliau ini ternyata usaha beliau untuk memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat mengenai kedudukan tauhid agar umat Islam dapat meletakkannya pada tempat yang betul. Seterusnya bellau menjelaskan tentang konsep tauhid yang sebenar yang amat mudah difahami bersesuaian dengan khalayaknya iaitu umat Islam di Sarawak. Contoh yang dikemukakan oleh beliau juga begitu mudah dan dapat disaksikan berlaku di sekeliling umat Islam. Beliau menjelaskan konsep tauhid yang sebenar ialah:

Tauhid ertinya mengaku akan ketunggalan dan keesaan Allah pada zatNya, sifatNya dan pada perbuatanNya. Sebagai seorang Islam yang berjiwa tauhid tiadalah harus mempercayai bahawa ada sesuatu yang lain daripada Allah yang mempunyai kekuasaan sebagaimana kekuasaan Allah; kuasa menghidup, kuasa mematikan, kuasa menyembuh, mendatangkan penyakit, memberi rezeki, memberi anak dan sebagainya maka kuasa itu semuanya tidak ada pada sesuatu melainkan hanya semata-mata kekuasaan Allah S.W.T.”(Abdul Kadir Hassan1966: t.h.).

Beliau selanjutnya menjelaskan tentang kedudukan orang Islam yang mempercayai kuasa yang lain selain Allah dalam perkara yang hanya di bawah kekuasaan Allah dan orang yang menyamakan kuasa yang lain dengan kuasa Allah adalah melakukan perbuatan syirik. Pandangan beliau: Jika seseorang itu mengiktiqadkan bahawa di sana ada sesuatu yang mempunyai kekuasaan sama seperti kekuasaan Allah; seumpama dia percaya bahawa hantu berkuasa menyembuh penyakit, berkuasa menghidup dan mematikan, maka yang demikian itu adalah bererti menyengutukan Allah dengan sesuatu iaitu yang dinamakan syirik (Al Huda 1987: 37).

Peranan Datuk Haji Abdul Kadir Hassan dalam pemurnian aqidah juga begitu terserlah dalam kejayaan beliaumeng hapuskan kepercayaan bertawassul dan mengambil berkat daripada kubur yang dipercayai keramat. Tanpa menafikan peranan tokoh agama lain dalam usaha ini, peranan beliau sangat penting dan besar kerana kesungguhan beliau mengulangi isu-isu yang berkaitan dengan aqidah semasa beliau mengajar atau menyampaikan ceramah. Terdapat sebuah kubur di kampung Tupong Batu iaitu disebut Kubur Koteng yang menjadi tumpuan masyarakat membayar niat dan mengambil berkat agar memperolehi apa yang dihajati. Kepercayaan dan amalan yang bertentangan dengan Islam iñi perlu dihapuskan. Disinilah dapat disaksikan bagaimana usaha Datuk Haji Abdul Kadir Hassan tidak pernah jemu datang ke kampung berkenaan mengajar dan membimbing umat Islam agar memurnikan aqidah mereka dengan aqidah yang benar dan suci dengan meninggalkan kepercayaan yang salah. Bekas penghulu kampung berkenaan Tuan Haji Daud Bin Zain menjelaskan bahawa Datuk Haji Abdul Kadir Hassanlah merupakan tokoh yang berjaya menghapuskan kepercayaan terhadap kubur Koteng tersebut. Beliau kerap menasihati penduduk kampung agar meninggalkan kepercayaan tersebut (Temubual dengan Tuan Hj Daud Bin Zain). Lama kelamaan kubur Koteng ini tidak lagi dijadikan tumpuan untuk membayar niat dan bertawassul. Sehingga kini kubur tersebut dalam keadaan terpelihara dalam kawasan surau Kampung Tupong Batu.

Selain daripada kepercayaan kepada kubur keramat tersebut Datuk Haji Abdul Kadir Hassan juga menasihati umat Islam agar meninggalkan amalan menghantar ancak[1] yang juga dilakukan oleh umat Islam termasuklah penduduk kampung Tupong Batu ketika itu. (Temubual dengan Puan Hajjah Kamisiah Bt Daud).

Beliau kerap mengulangi penjelasan bahawa menghantar ancak itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Alhamdulillah setelah nasihat itu kerap diulangi, perbuatan ini telah ditinggalkan oleh masyarakat setempat. Tokoh ini juga banyak melakukan usaha memurnikan kepercayaan umat Islam mengenai Qadha’ dan Qadar. Antara usaha beliau ialah menentang kepercayaan masyarakat Islam mengenai kempunan. Beliau mengajak umat Islam agar meninggalkan kepercayaan seumpama in tegas beliau:

“Orang Islam dan orang yang beriman wajib beri’tiqad dan percaya bahawa pada hakikatnya tiap-tiap sesuatu itu tidak berlaku melainkan adalah semata-mata dengan Iradah dan Kehendak Allah. Tiap-tiap sesuatu tiada memberi bekas dengan sendirinya. Tiada sebenar-benarnya yang memberi bekas melainkan Allah S.W.T. Api umpamanya tiada memberi bekas dengan sendirinya, pisau hakikatnya tiada melukakan, makan hakikatnya tiada mengenyangkan, harimau hakikatnya tiada membunuh dan demikianlah seterusnya. Api tabiatnya membakar tetapi hakikatnya api tiada membakar. Sebab itu apabila kuasa membakar tiada pada api ditahan oleh Allah maka api itu tiada memberi sebarang kesan sebagaimana halnya yang terjadi kepada Nab IIbrahim a.s. ketika dibakar oleh Raja Namrud di dalam timbunan kayu yang seperti bukit sehingga habis kayu itu dimakan api tetapi Nabi Ibrahim tiada cacat barang sedikit pun. Orang Islam yang masih beri’tiqad bahawa kempunan itu memberi bekas, misalnya kerana tiada menjamah nasi atau air kopi maka dia ditimpa oleh sesuatu kemalangan, berertilah orang itu masih belum mempunyai kepercayaan dan I’tiqad Islam yang sebenar. Kepercayaannya masih bercampur-aduk dengan kepercayaan orang-orang jahiliah. Orang Islam dan orang mukmin yang sejati tiadalah harus mempunyai kepercayaan atau pegangan I’tiqad yang seperti itu” (Abdul Kadir Hassan 1974 : t.h.).

Pendekatan yang digunakan oleh beliau ini amat berkesan dalam memberi keyakinan kepada khalayaknya kerana beliau dapat membuktikan bahawa segala-gala yang berlaku itu datang daripada Allah S.W.T dengan membawa contoh apa yang berlaku kepada Nabi Ibrahim a.s. Keyakinan kepada Qadha’ dan Qadar tidak boleh dicampur-aduk dengan kepercayaan dan amalan yang tiada suruhan dalam agama. Misalnya tokoh ini membuat teguran terhadap kepercayaan segelintir bakal haji yang menyediakan dua keratan, keratan pertama di tulis “La ila ha ilAllah[2] dan keratan kedua ditulis “Muhammad dar rasul Allah[3]. Keratan pertama dibawa oleh bakal haji dan keratan kedua ditinggalkan kepada ahli keluarga yang dipercayai oleh bakal haji tersebut dapat menyimpan keratan itu dengan baik sehingga beliau kembali. Amalanini dibuat bertujuan mempastikan keselamatan bakal haji tersebut dan selamat balik ke pangkuan keluarga. Dalam menjelaskan tentang amalan ini Datuk Haji Abdul Kadir Hassan berpendapat:

Tidak ada sama sekali terdapat suruhan atau digalakkan dalam agama supaya berbuat demikian.Perbuatan yang seperti itu hanya adalah semata-mata diada-adakan atau dibuat-buat oleh orang jua, tanpa ada asalnya dalam agama. Perbuatan ini ternyata tidak logik dan tiada dapat dipastikan kebenarannya kerana banyak juga orang yang pergi haji yang tiada mengikut atau berbuat seperti itu telah balik ke tanahairnya dengan selamat dan banyak juga orang-orang yang berbuat seperti itu tetapi dia mati jua, kerana sebenarnya mati itu adalah perkara yang memang telah ditetap dan ditentukan oleh Allah S.W.T. yang apabila sudah tiba masanya tiadalah dapat ditangguh-tangguh atau ditempohkan, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila waktu (Abdul Kadir Hassan 1974 : t.h.).

Datuk Haji Abdul Kadir Hassan juga menentang perlakuan umat Islam yang menyerupai dan meniru syiar agama lain, misalnya mengunakan lambang salib dalam apa keadaan dan untuk tujuan apa sekalipun. Pandangan beliau dalam hal ini ialah:

“Memakai kongkong (rantai) “cross” atau salib sama ada daripada emas atau perak atau kayu bahkan apa sahaja yang berbetuk salib itu adalah tiada dibenarkan sama sekali dalam Islam, sama ada dengan maksud untuk bermain-main sahajaatau apatah lagi untuk maksud-maksud yangtertentu, kerana Islam adalah agama tauhid iaituagama yang mengesahkan Tuhan, percaya bahawaTuhan itu adalah Satu, iaitu Allah yang tidak ada sekutu dan tidak ada bandingan bagiNya sama ada pada zatNya atau pada sifatNya atau pada perbuatanNya. Dari itu maka agama Islam adalah kontra dan bertentangan dengan setiap apa sahaja agama atau anutan yang menyekutukan Tuhan

Berhala-berhala, patung-patung yang disembah oleh manusia dan termasuk juga kayu salib adalah daripada perkara-perkara yang tiada diredhai oleh agama untuk disimpan atau dipakai oleh orang-orang Islam sama ada pada pakaian, pada rumah, pada tempat duduk atau untuk perhiasan dan sebagainya. Semuanya pada apa sahaja, tiap-tiap orang Islam tiadalah dibenarkan mengambil lambang atau syiar agama yang lain untuk dipakai olehnya sama ada dengan maksud untuk bermain-main atau suka-suka sahaja sekalipun, kerana agama bukanlah satu perkara yang boleh hendak dipermainkan” (Abdul Kadir Hassan 1974: t.h.).

Selain daripada penyerupaan dengan menggunakan lambang di atas, tokoh ini juga pernah menasihati umat Islam supaya tidak mengikut amalan penganut agama lainseperti membakar lilin di atas kubur. Pendapat beliau mengenai hal ini ialah:

“Memasang dian (lilin) atau api di atas kubur adalah daripada perbuatan orang-orang yang bukan Islam, sebagaimana yang selalu dilakukan oleh orang Kristian di malam Krismas atau beberapa malam yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. Islam tiada menggalak bahkan mencegah dengan sekeras-kerasnya daripadamemasang api atau dian di atas kubur kerana perbuatan ini adalah perbuatan yang sia-sia,membuangkan wang dan menyerupai perbuatan orang-orang kafir dan perbuatan itu adalah agak keterlahuan pada menghormati dan memuliakan kubur” (Abdul Kadir Hassan 1974: t.h.).

Pengaruh Iman

Datuk Haji Abdul Kadir Hassan juga mengutarakan pemikiran beliau untuk menyedarkan umat Islam agar sentiasa memelihara dan menguatkan iman. Iman menurut beliau mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dan sangat penting dalam kehidupan manusia.

Pandangan beliauadalah seperti berikut:

Seseorang itu apabila kuat imannya dan teguh keyakinan dan kepercayaan maka imannya yang kuat dan keyakinannya yang teguh itu pasti akanmendorong dan menggalakkannya melakukan sesuatu mengikut sebagaimana iman dan kepercayaannya. Kepercayaannya kepada Allahyang bersifat ‘Wajib al-Wujud’, yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui, yang Mellhat dan Mengawasi segala gerak-gerinya, yang Mendengar segala perkataan dan bisikan dan yang Mengetahui dengan segala keadaan zahir dan bain, yang rahsia dan yang nyata bahkan sehingga bisikan jiwa dan yang tersembunyi di dalam hatinya semuanya diketahui oleh Allah (Abdul Kadir Hassan 1968: t.h.).

Iman yang kuat dan teguh dapat mendorong seseorang melakukan amal yang soleh. Iman yang kuat dan disertai dengan amal yang soleh ihilah merupakan asas kebahagiaan hidup di dunia dan kebahagiaan yang abadi di akhirat. Beliau memetik firman Allah, maksudnya:

Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. Terjemahan Surah al-Nahi. 16: 97

Menurut beliau lagi, umat Islam perlu berusaha untuk menguatkan imannya dan antara cara yang boleh menguatkannya ialah dengan menggalakkan diri supaya suka mendengar petunjuk agama, mendengar ayat al-Qur’an dan al-Hadith serta mendekatkan diri kepada ajaran agama. Usaha ini perlulah dilakukan secara berterusan dan tidak boleh dihentikan kerana apabila dihentikan maka ianya akan menyebabkan manusia lupa dan seterusnya mengheret mereka untuk melakukan keburukan (AbdulKadir Hassan 1968: t.h.).

Pendekatan

Dalam usaha pernurnian aqidah umat Islam ini Datuk HajiAbdul Kadir Hassan telah menggunakan pendekatan yang berkesan dan dapat diterima dengan baik oleh khalayaknya.Antara pendekatan beliau ialah:

a. Penerangan Yang Mudah dan Ringkas

Beliau dapat menjelaskan perkara yang berkaitan dengan aqidah ini secara mudah dan ringkas.Misalnya penjelasan beliau tentang definisi tauhid begitu mudah difahami dan bersifat langsung.Beliau tidak mendefinisikannya secara falsafah. Pendekatan ini amat sesuai dengan khalayaknyadari pelbagai peringkat dan dapat difahami oleh semua.

b. Turun ke Padang

Beliau mengambil pendekatan turun ke padang iaitu pergi ke tempat berlakunya amalan yang bertentangan dengan aqidah Islam. Dengan kata lain beliau pergi ke akar umbi masalah tersebut. Bellau tidak bercakap dari jauh atau dari belakang sebaliknya bercakap secara langsung dengan masyarakat setempat.

Setelah masyarakat memahami perkara itu salah, akhirnya masyarakat inilah yang menyebarkan lagi maklumat ini sehingga dimaklumi oleh orang lain.

c. Fokus kepada Konsep Sebenar

Dalam usaha beliau hendak mengubah pemikiran dan kepercayaan masyarakat, sebelum beliau menyentuh tentang masalah yang sebenar misalnya tentang berubat dengan cara berbayuh, beliau akan menjelas dan memfokus kepada konsep tauhid yang sebenar terlebih dahulu, barulah beliau membuat kesimpulan bahawa apa-apa yang bertentangan dengan konsep sebenar itu adalah salah dan perlu ditinggalkan.

d. Kekuatan Hujah Naqli dan Aqil

Dalam teks dan skrip ceramah beliau, kekuatan hujah beliau begitu mantap, secara pastinya dalil naqim memang merupakan asas penerangan beliau.

Biasanya beliau akan memetik lebih daripada sepotong ayat al-Qur’an atau al-Hadith untuk dijadikan sandaran. Selain itu beliau juga menggunakan kaedah perbandingan ataupun contoh-contoh yang dapat menguatkan lagi hujah beliau.

e. Pengulangan dan Berterusan

Pendekatan beliau yang kerap mengulang-ulang isu yang sama dan secara berterusan menyebabkan beliau mampu membanteras kepercayaan yang salah. Misalnya dalam usaha beliau hendak menghapuskan kepercayaan kepada kubur Koteng, bukannya sekali dua sahaja beliau ke kampung berkenaan malah sentiasa berterusan dan behiau akan mengulang-ulang penerangan tentang isu kubur Koteng tersebut. Akhirnya masyarakat setempat dapat memahami dan seterusnya sama-sama berusaha membanteras kepercayaan dan amalan yang salah tersebut.

f. Keperibadian Pendakwah

Tidak dapat dinafikan bahawa tokoh ini memang mempunyai keperibadian yang unggul sebagai seorang pendakwah, menyebabkan beliau sungguh dihormati orang ramai sekaligus memudahkan khalayak menerima apa yang disampaikan oleh beliau.


Kesimpulan

Pembentangan ringkas yang sekadar mengambil beberapa contoh isu yang berkaitan dengan aqidah, dapat menggambarkan betapa Datuk Haji Abdul Kadir Hassan merupakan tokoh yang penting dalam pemurnian aqidah umat Islam di Sarawak. Pendekatan beliau dalam mengubah pemikiran masyarakat sekali gus dapat membanteras kepercayaan yang karut perlu dicontohi oleh generasi kini dan akan datang. Masalah-masalah aqidah ini akan berubah dari masa ke semasa, justeru para pendakwah perlu berusaha dengan gigih untuk mengubati penyakit aqidah ini dengan kaedah yang berkesan denganm mengambil panduan daripada pendekatan yang digunakan oleh pendakwah terdahulu.

Nota Hujung

[1] Ancak ialah sebuah bakul yang dianyam daripada daun nipah atau kelapà kemudian diisimakanan seperti pulutlauk-pauk dan sebagainyadan digantung di pokok atau dihanyutkan kesungai untuk membayar niat orang yang baru sembuh daripada penyakit.

(Nota 2 dan 3 tidak diperolehi dalam url ini -SD)

Rujukan Abdul Kadir Hassan

30 September 1966, Skrip Soal Jawab Agama Radio Sarawak.

9 Disember 1966, Skrip Soal Jawab Agama Radio Sarawak.

1 November1974, Skrip Soal Jawab Agama Radio Sarawak.

5 Disember 1974, Skrip Soal Jawab Agama Radio Sarawak.

16 Oktober 1974, Skrip Soal Jawab Agama Radio Sarawak.

4 Julai 1968, Ship Soal Jawab Agama Radio Sarawak.

Al-Huda, Julai 1987, Kuching: BINA.

Petikan daripada:PROSIDING NADWAH ULAMA

NUSANTARA II - 14-15 Julai 2003

Disunting oleh : Farid Mat Zain & Izziah Suryani Mat Reshad @b Arshad

http://www.scribd.com/doc/32884919/Abdul-Kadir-Hassan-Pemurnian-Aqidah-Umat-Islam-Sarawak


Rencana ini dipetik sebagai bahan rujukan dan hendaklah dirujuk kembali kepada penulisnya sekiranya ada pembaharuan.